Kepentingan Merawat Mata

0 comments
MATA ADALAH SATU DARI 5 PANCAINDERA MANUSIA ANUGERAH TUHAN YANG PALING PENTING KERANA MATA ANDA IBARAT JENDELA YANG DAPAT MENYINGKAP SEGALA BENTUK KEINDAHAN DAN KEHIDUPAN DUNIA. NAMUN, HASIL KAJIAN SAYA TERHADAP MASYARAKAT MANUSIA, TIDAK SEMUA DARIPADA KITA YANG TAHU ATAU MENGAMBIL BERAT TENTANG MATA KITA, DAN JUGA TIDAK SEDAR BAHAWA TERDAPAT HAL-HAL YANG AMAT UNIK DAN MENARIK DI DALAMNYA. 

KEPENTINGAN PENJAGAAN MATA TERHADAP KANAK-KANAK



Ibubapa dan Guru Perlu Memainkan Peranan yang Lebih Besar.
Pernahkah anda terfikir yang mana satukah antara pancaindera kita yang paling utama dan bernilai dalam perkembangan hidup kita sebagai manusia. Sememangnya tak dinafikan deria penglihatan itu satu anugerah Tuhan yang terlalu banyak kepentingan dan manafaatnya. Bukan sekadar untuk melihat dan mengamati objek tetapi lebih befungsi sebagai faktor penting yang berkait rapat dengan tumbesaran sempurna kanak kanak terutamanya dari segi mobiliti dan juga koordinasi.

Sekiranya deria penglihatan mula terganggu maka tumbesaran kanak kanak juga akan turut terganggu dan secara tidak langsung ini akan membantutkan pergerakan fizikal dan juga keupayaan mental kanak kanak. Semua faktor ini amat penting untuk menjadikan kanak kanak berupaya hidup secara sihat dan cergas.
Setiap ibubapa patut berwaspada dan tahu tentang perkembangan penglihatan anak mereka, sama ada normal ataupun tidak. Ibubapa perlu tahu kanak-kanak tidak dapat membezakan antara penglihatan yang jelas dan kabur kerana apa yang dilihatnya secara langsung akan diterimanya sebagai normal. Oleh itu jangan tunggu untuk anak anda memberitahu anda atau mengadu yang pandangannya kelihatan kabur ataupun penglihatan tidak cukup tajam, ianya tidak akan berlaku. Sekiranya anda adalah ibubapa yang perihatin anda mungkin dapat mengesan masalah penglihatan anak-anak anda melalui aktiviti-aktiviti yang berlangsung di rumah. 


Tanda-tanda masalah penglihatan pada kanak-kanak

·                     Juling atau cuba menutup satu mata dengan telapak tangan
·                     Mengecilkan kelopak mata ketika menonton TV atau cuba membaca papantanda.
·                     Meneleng atau menjeling ke satu arah ketika cuba fokus
·                     Sering menggosok mata
·                     Suka mengelip mata secara terlampau (twitching)
·                     Mata merah atau berair dalam keadaan normal
·                     Lahir pramatang
·                     Perkembangan terbantut seperti lambat berjalan

Sekiranya  anda sebagai ibubapa atau guru mengesan masalah di atas, anak atau murid anda mungkin mempunyai masalah penglihatan. Segeralah dapatkan pemeriksaan dan nasihat dari Optometris. Optometris akan melakukan pemeriksaan mata secara komprehensif dan dapat mengesahkan  keadaan tersebut dengan segera .
Pemeriksaan mata ketika kanak-kanak berumur antara 5 hingga 7 tahun sangat penting kerana sekiranya kanak-kanak ini mempunyai sebarang masalah yang memerlukan pemakaian cermin mata, kanta sentuh atau terapi penglihatan, ianya dapat dilakukan dengan segera dan dibetulkan sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Bagi kanak-kanak yang memakai cermin mata, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata setiap 6 bulan untuk memastikan progresi ralat refraksi dapat dikesan. Jangan bertangguh terlalu lama untuk menjalani pemeriksaan penglihatan kerana kuasa refraksi yang bertambah, jika tidak dibetulkan boleh menyebabkan kenaikan kuasa ralat refraksi secara mendadak dan juga boleh menyebabkan risiko berlakunya mata malas. 
Penglihatan yang tidak dirawat dari awal boleh membawa kepada masalah mata malas. Mata malas bermaksud penglihatan yang tidak dapat dibaiki meskipun ralat refraksi telah dibetulkan. Ini boleh berlaku pada satu atau kedua-dua mata. Sekiranya latihan terapi diberikan segera sebelum usia menjangkau 7 tahun, keadaan mata malas ini mungkin boleh dirawat. Sekiranya dibiarkan tanpa pembetulan ralat refraksi atau terapi penglihatan, mata tersebut akan menjadi lemah dan lama-kelamaan mungkin tidak dapat berfungsi lagi.


Kanak-kanak harus diberikan pendidikan awal untuk menyedari pentingnya perihal kesihatan mata dan kebolehan untuk melihat objek dengan jelas adalah harus bagi menjamin masa depan yang lebih sempurna. 




BAK KATA PEPATAH..MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA, LEBIH BAIK KITA MERAWAT DI USIA MUDA KERANA DI TAHAP INI MATA LEBIH MUDAH DIUBATI,MATA ITU TIDAK TERNILAI HARGANYA.


Post a Comment